Best Music Site

FREE DOWNLOAD MUSIC

  1. Home
  2. Download
  3. Upin & Ipin - Pengembala dan Biri-Biri

Upin & Ipin - Pengembala dan Biri-Biri

Upin & Ipin - Pengembala dan Biri-Biri

Uploader: Les' Copaque Production

Size: 9 MB

Duration: 6:33

Date: December 18, 2012

Musim persekolahan hampir tiba ke penghujungnya. Cikgu Jasmin mengumumkan bahawa Tadika Mesra akan mengadakan jamuan akhir tahun dan semua murid dikehendaki untuk membuat persembahan. Upin dan Ipin dan kawan-kawan berusaha untuk menjadikan persembahan akhir tahun ini sebagai kenangan yang paling indah dalam hidup mereka.

LIRIK Pengembala dari Biri-Biri

IJAT
Ehem... Pada zaman dahulu, ada seorang gembala biri-biri.
Setiap hari, dia akan menjaga biri-biri di tepi bukit.

JARJIT
Saya gembala biri biri
Semua di jaga rapi rapi
Sudah di bawa makan mari
boleh berehat senang hati

BIRI-BIRI
Kami biri biri si Jarjit
Hari hari makan rumput je
Jalan bersama atas bukit
Nikmati indahnya dunia

EHSAN
Saya kambing yang paling sihat

FIZI
Dia kata saya terlembik

MEI MEI
Saya kambing yang paling cantik
(saya sukax2)

(Chorus)
Mari mari dengar cerita kami
Kisah pengembala dan biri biri

IJAT
Penggembala menjaga biri-biri setiap hari.
Lama-kelamaan, dia mula bosan dengan kerjanya.
Tetapi pada satu hari...

JARJIT
Saya tahu, saya tahu! Hahaha! Marvelous! Marvelous!

IJAT
Dia pun menjerit!

JARJIT
Tolong! Tolong! Ada serigala di sini!
Tolong! Tolong! selamat biri biri!

UPIN
Serigala?
IPIN
Serigala?

UPIN IPIN
Mana? Mana? Mari kita tolong!

UPIN
Mana serigala?

JARJIT
Hahaha!

UPIN
Kenapa kamu ketawa?

JARJIT
Hahaha! Biri-biri ada, serigala tak ada.

UPIN & IPIN
Hah? Tak ada? Hmph!
(kembali masuk)

JARJIT
Janganlah marah, main-main pun tak bolehkah?

IJAT
Pengembala itu langsung tidak berasa insaf dengan
perbuatannya.
JARJIT
Hoho, seronok juga. Panggil lagi sekali, tak apa kan?
BUNGA
Jangan!
JARJIT
Tolong! Tolong! Ada serigala di sini!
UPIN
Serigala?
IPIN
Serigala?
UPIN & IPIN
Mana? Mana? Mari kita tolong!
JARJIT
Hahaha!
UPIN
Oh, kamu tipu lagi!
JARJIT
Hahaha, saya main-main saja!
UPIN
Wahai penggembala! Kalau kamu panggil, kami tak percaya
lagi!
(kembali masuk)
IPIN
Betul, betul, betul! Tipu!
JARJIT
Hahaha, sakit perut saya. Baiklah, baiklah! Saya tak buat lagi,
hoho...
IJAT
Penduduk pulang dengan perasaan marah. Tiba-tiba!

MAIL
Grr! Awooo! Grr! Akulah serigala yang lapar! Aku mahu biri-
biri! Nyam, nyam, aum! Hahaha!

JARJIT
Tolong! Tolong! Ada serigala di sini!
Tolong! Tolong! Habis biri-biri saya!

UPIN
Serigala?
IPIN
Serigala?

IPIN
Kami tak percaya lagi, dia selalu mainkan kami, biarkanlah
dia!
UPIN
Kita sambung kerja kita. Jom!
MAIL
Hahaha! Gemuknya biri-biri ni! Kenyanglah aku!
BIRI-BIRI (EHSAN)
Tolong! Mbek! Tolong!

BIRI-BIRI (MEI MEI)
Tolong! Mbek! Saya tak mahu kena makan!

UPIN
Kenapa dengan kamu wahai penggembala?

JARJIT
Biri-biri saya dah hilang
Habis dimakan serigala
Kamu semua tada datang
Tinggal saya seorang sahaja

IPIN
Itulah orang sudah kata, jangan biasa memperdaya.
UPIN
Nanti orang dah tak percaya, bila terkena padan muka!
JARJIT
Huhuhu... Maafkan saya, saya menyesal!
UPIN
Kawan-kawan, jangan sesekali kita menipu, kalau kita
bercakap benar sekalipun, orang dah tak percaya.
IPIN
Betul, betul, betul!
SEMUA
Tamatlah sudah alkisah tadi, terima kasih dan jumpa lagi!

Info
a popular and free mp3 search engine and tool. Just type in your search query, choose the sources you would like to search on and click the search button. The search will take only a short while (if you select all sources it may take a bit longer). As soon as we find any results matching your search query - you will get a list of your results. It is that simple
Ed Sheeran & Justin Bieber - I Don't Care [Official Video] Chahunga Main Tujhe Hardam | Satyajeet Jena | Official Video Ed Sheeran & Justin Bieber - I Don't Care [Official Lyric Video] O mai meri kya fikar tujhe Keshari